Segala penantian sudah berakhir....Alhamdulillah..

Saturday, March 5, 2011

Setiap orang mempunyai rezeki masing2 yang telah ditentukan hatta ulat dalam batu sekalipun kan....Keputusan terhadap kolej negeri adalah muktamad...Pengalaman adalah sesuatu yang penting yang akan mematangkan sesiapapun...(",). Untuk buat waktu nie aku akan berundur dari dunia berblogging kerna ingin menumpukan segala matlamat dan cita2 dalam kerjaya. Terima kasih sekali lagi kepada readers semua yg sudi singgah ke blog saya yg merapu x sudah nie (",)....

Berehat seketika dari Dunia Blog..

Wednesday, March 2, 2011

Kepada blogers semua>> aku ucapkan terima kasih sebab follow dan rajin berkunjung ke blog yang tidak seberapa nie..MInggu nie agak busy sebab nak buat preparation untuk temuduga kerja..Harap2 ada rezeki kali ini untuk menimba pengalaman dalam dunia pekerjaan...(",)

JUm beli baju.....(",)

Saturday, February 26, 2011

Calvin Klein ready stock! all Babydoll style


CKB 015 - cotton t-shirt lembut -ready stock


CKB 021 - cotton t shirt -READY STOCK


CKB 025 - cotton tshirt -ready stock


ckb 032- saiz L & XL


CKB 032- SPANDEX - XL JE AVAILABLE


Materiel kain t -shirt @ spandex bergantung pada design.

Saiz ni apply kat semua baju kecuali jika dinyatakan:

M - bahu 15.5 inc, dada - 17.5 inc. pjg tangan - 21 inc
L - bahu 16 inc, dada - 18.5 inc = pjg tgn -22 inc
XL - bahu 16.5 inc, dada - 19.5 inc - pjg tgn - 23 inc
labuh baju - 32 inc

T-shirt label CK (kod CKB) & cherokee (kod CRK) = RM 45/pc

Label2 lain (CKL) = RM 43/pc

Tuniq (TCK) = RM 47

semua harga x termasuk pos.

(RM 6 pos laju/ RM 5 pos ekspress utk 1 pc. ) setiap tambahan per pc. sebanyak rm1.

Sila sms kepada saya 019 4090790. Terima kasih.

PTPTN lanjut tempoh bayaran balik sehingga 30 bulan

Friday, February 25, 2011

2011/02/25

TEMERLOH: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
(PTPTN) melanjutkan tempoh bayaran balik sehingga 30 bulan kepada mereka
yang belum mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian.
Pengerusinya Datuk Ismail Mohamed Said berkata PTPTN sebelum ini memberikan tempoh enam bulan kepada mereka yang terlibat untuk membayar balik pinjaman itu. "Ia kemudiannya dilanjutkan kepada 24 bulan, dan kini kita telah lanjutkan kepada 30 bulan," katanya kepada pemberita, di sini hari ini. Ismail yang juga Anggota Parlimen Kuala Krau berkata kadar faedah yang

sebelum ini sebanyak lima peratus juga telah diturunkan kepada satu peratus.
"Mereka yang belum mendapat pekerjaan perlu menulis surat atau berhubung
terus dengan pegawai PTPTN untuk memberitahu masalah yang mereka hadapi untuk
dipertimbangkan.
"Kita bersedia berbincang dan bertimbang rasa," katanya.
Beliau berkata sehingga kini seramai 1.67 juta pelajar menerima pinjaman
PTPTN. - BERNAMA

# sebaik lanjutkan keje pun belum ade lagi nie .Alhamdulillah...syukur..#

Orang perempuan tak boleh dipisahkan dengan Cermin..hahaha..




Secara realitinya tidak dinafikan perempuan sememangnya tidak boleh dipisahkan dengan cermin..Aku ingat lagi masa zaman sekolah, budak-budak perempuan bawak cermin letak bawah meja, dalam poket baju dan bagainya ...pastu ade gak kawan aku nie cermin yang die bawak jatuh kat lantai masa cikgu mengajar..kitorang semua toleh lah dekat budak tu, cermin jatuh berderai bawah meja..hhahaha..kantoi!!!

Yang tak bawak cermin pulak akan pergi ke tandas sebanyak 3 kali sehari.huhuhu ( tau2 je aku nih) ..Dulu kat tandas guru besar suruh pasang cermin besar gedabak...pastu guru besar pulak yang suruh keluarkan cermin dari dalam tandas sebab budak perempuan kerap sangat pergi ke tandas waktu sesi pembelajaran berjalan...

Cermin nie macam cermin ajaib bagi perempuan..tapi aku seriyes cakap yang aku tak berapa suka nak mengadap cermin..aku cuma tengok cermin sekali je sebelum nak pergi mana-mana..tak adelah kerap kalau bersiap pun tak delah berjam-jam ade depan cermin..Untuk Pengetahuan semua sesiapa yang ade tabiat suka sangat bersiap berjam2 depan cermin silalah hentikan sebabnya orang lelaki tak suka..hahaha..kalau yang dah jadi isteri orang tue mesti suami memasing akan bising punye..sila2lah kurang2kan aktiviti macam tu.. (",)


HeartBeat Mula Berfungsi Menjana Pendapatan..Huhu..

Wednesday, February 23, 2011

Kegembiraan melihatkan meter pendapatan saya sudah menjana duit walaupun beberapa minit yang lepas mendaftarkan diri..Thanks akak Iman kenalkan saya pada Heartbeat..(",)

Kepada sesiapa yang belum join sila klik pada Heartbeat saya untuk menjana pendapatan tambahan ye ...selamat menjana pendapatan..(",)

Klik dan Daftar (",)

Duit Suami Tanggungjawab Isteri untuk mengurusnya...Pendapat Anda pula bagaimana????

Pagi nie aku tengok topik yang dibicangkan sangat menarik sekali di Tv3...Tetamu jemputan mengatakan isteri ade hak untuk menguruskan semua harta suami...erm...Adakah lelaki terlalu boros ye sehinggakan isteri yang terpaksa uruskan..hahaha..( gelak dengan kuat)..Berdasarkan pengalaman saya memang perlu pun si isteri menguruskan harta suami nie tapi jangan pulak kita pi pehabihkan duit suami kita udah la ye..


Kalau si suami bekerja sebahagian gaji wajib diberikan kepada isteri so sapa2 suami yang simpan sorang tapi tak bagi isteri duit simpanan sila2lah berbuat demikian...kalau yang tak mampu tu aku no komen la...tapi jangan di sebabkan nak elakkan daripada bagi duit kat isteri korang kate duit tak cukup la ape2lah..dalam diam simpan kat akaun lain..Pastu bagi si isteri yang dah bekerja, duit anda totally milik anda kalau korang dipaksa oleh suami mahukan duit anda maka si suami makan duit haram ok...Tapi isteri boleh membantu meringankan beban keluarga dengan mengeluarkan sedikit perbelanjaan...



Sebab Mengapa KIta perlu mengenang Allahyarham Dato' Sudirman bin Hj Arshad...

Tuesday, February 22, 2011

Dulu masa aku kecil mak aku selalu je sebut nama Sudirman..tapi aku tak kenal siape tu Sudirman..Mak juga kerap menyanyikan lagu sudirman walaupun aku tak tahu lagu ape dan siapa penyanyi lagu tu..tapi bait-bait lagu tu sungguh menyentuh hati bila kedengaran..Selama nie aku malas nak ambil tahu siapa itu Sudirman..yang aku tahu die seorang penyanyi suatu ketika dahulu dan telah meninggal dunia ( sampai aku dah besar)..Tapi 20 hb 2 2011 membuka pintu hati aku untuk mengetahui lebih lanjut siapa itu Sudirman melalui siaran Astro (HIstory Channel)...Tersentuh juga mendengarkan kisah Allahyarham Dato Sudirman...dan sebab itu kita perlu mengenangnya>>>>

Allahyarham Dato Sudirman mempunyai pelbagai bakat dan bukan sahaja penyanyi tanpa ilmu di dada...Pernah melanjutkan pelajaran dalam jurusan Undang-Undang di UM dan menolak tawaran di luar negeri.

Allahyarham telah memilih kerjaya seni padahal beliau telah pun menjalani latihan guaman dan diiktiraf sebagai peguam...

Sepanjang hayat telah menghasilkan 18 buah album dalam Bahasa Melayu dan 2 buah album dalam Bahasa Inggeris

Menjadi penyanyi dalam usia yang muda dan merupakan seorang penghibur terbaik Asia,seorang penulis dan pelukis kartunis,pelakon (filem KAMI), seorang usahawan iaitu mengeluarkan minuman tin berkarbonat jenama Sudi. Kejayaannya dalam memasarkan Sudi telah mengangkat Sudirman sebagai pemenang Anugerah Pengusaha Muda.

Ape yang membanggakan semua lagunya menyentuh budaya Malaysia yang pelbagai kaum di samping sumbangan dalam menyatupadukan rakyat berbilang kaum..seperti lagu Chow kit Road, mengadakan konsert percuma di tengah2 jalan Chow Kit Road di Kuala Lumpur..kalau artis sekarang nak ke buat konsert macam tu?? percuma ikhlas supaya orang miskin ,peminta sedekah boleh melihat beliau menyanyi..Ade ke??? Itu jelas menggambarkan beliau bukanlah materialistik...

walaupun beliau kehilangan ibu ketika beliau masih muda dan gagal dalam perkahwinan tapi beliau sentiasa mencipta kejayaan di setiap dugaan yang Allah berikan...Beliau seorang yang tabah...

Pengakhiran kerjaya apabila beliau mula jatuh sakit dan meninggal dunia..Doktor mengesahkan beliau menghidap sakit radang peparu (pneumonia)..ketika itu usianya masih muda iaitu 37..kalau beliau masih hidup mesti Siti Nurhaliza juga tidak mampu menandinginya...(",) Al-Fatihah buat Allahyarham Dato' Sudirman bin Hj Arshad...

sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Sudirman_Hj_Arshad (untuk maklumat lanjut)

Wajah bekas isteri Allahyarham pada kulit album lagu beliau..Betapa sayangnya beliau kepada Kay (panggilan beliau terhadap bekas isterinya)




Lagu yang aku paling suka dan penuh bermakna>>>>

"Sudirman One Thousand Million Smiles"



Tandatangan yang unik...orangnye kecil tapi berjiwa besar (",)

Downy Attraction Yang aku paling tak suka!!!!!

Monday, February 21, 2011


Hari ni aku nak menyatakan yang aku tak suka bau downy attraction ni...tak tau la korang macamana kan...Masa aku beli try la bau aku rasa macam okeh je bau die pastu bila balik aku try bukak lagi...aku biarkan bau tu menyelubungi di segenap ruang dalam rumah aku..pastu En hubby aku tanya bau ape nie macam bau minyak wangi India je...hehe...jgn marah saya ye orang India..Aku pun rasa nak pengsan bau...Esoknya En HUbby aku suruh buang downy purple tu..korang nak tau aku buang kat mana ...aku takdelah buang tapi aku gunakan untuk mewangikan longkang di belakang rumah aku..huhuhu...


Aku lebih suka lagi pakai yang lama punye downy..menyesaal aku tukar yang lain..niat nak try yang baru tapi terpaksa membazir pula...tapi guna untuk cuci longkang takdelah membazirkan..hahaha...

Aku akan setia dengan downy yang ni..>>>>>>



bau die sangatlah wangi untuk pakaian anda...(",)

Tip Membeli Ikan Pari...

Dah dua hari tak update entry maklumlah hujung minggu nie En Hubby saya ade di rumah..Time macam nie sape- sape yang dah berumahtangga sila- silakanlah meluangkan masa bersama dengan pasangan dan anak anda dengan aktiviti yang berfaedah..Hujung minggu terutamanya hari Ahad memang aku tak sabar..bukan ape time nie En Hubby aku akan ke dapur memasak...Semalam En Hubby aku masak Ikan Pari Bakar..nak pilih ikan pari nie ade cara tau..Lihat dekat badan ikan pari kalau ade bintik=bintik hitam bentuk bunga tandanya isi ikan pari tu tak keras dan masa kita belah dua ,ikan tu tak berbau hamis ye...



Macam gambar di atas..ader bintik2 hitam ...ikan pari macam nie best...Tak percaya?? sila pergi ke pasar dan beli kemudian masak...isinya rasa best sangat...(",)

Kalau Tak Pandai Memasak Tak perlu Malu..Masih ade Waktu...(",)

Thursday, February 17, 2011





Sebelum korang membaca lebih lanjut entry nie aku nak tanya korang..Korang pandai memasak tak?? Usia berapa korang dah mula belajar memasak??? Lauk ape pertama kali korang cuba untuk belajar masak?? Kalau aku dengan jujur aku cakap masa tahun pertama di Universiti baru aku nak belajar memasak..ngeh3 bocor rahsia besar aku...Lauk pertama aku cuba belajar nak masak ialah lauk sambal ayam..hahaha..Masa aku belajar memasak usia aku 20 tahun dan kahwin pada usia 23 tahun mudakan...kih3..Aku yakin korang mesti punyai pengalaman memasak hampir berpuluh tahun kan..Aku ade tanya kawan=kawan start bila diorang pandai masak..ade yang cakap darjah 3 dah pandai masak..Wah terror tu..mesti masak sedap...Untuk pengetahuan semua dulu aku tak suka masuk dapur, akak2 aku selalu bising..maklumlah ade akak mulalah manja bukan main..pastu aku suke mengadap buku daripada pergi ke dapur...aku suka masak semua perkataan dalam buku daripada pergi ke dapur tolong akak2 aku masak..Masa aku masuk Universiti takde sape lagi nak masak untuk aku..kene beli..hehe..nak masak tak pandaikan...Kawan2 aku yang pandai masak semua curik2 masak kat hostel..Aku jelous tengok diorang pandai masak..Dan saat itu aku tanamkan azam,bila start je cuti semester aku balik aku masuk dapur...ibu aku pun heran...ayah pun heran..Aku tak peduli.. Argghhh!! Percubaan pertama masuk dapur masak sambal ayam..ibu aku tak kasi aku masak nanti mereka tak boleh makan katanye...Maklumlah mereka musykil dengan aku..haha...Aku pun balun je masak..last2 memang betul sangkaan mereka, tak boleh makan sebab masin terlebih garam..haha..Pastu sambal aku cair sebab bubuh air..ade ke patut sambal buh air..hehe..Walaupun gagal aku cuba terus mencuba, bila pergi makan kat luar aku akan tenung makanan tu then rasa..aku tengok bahan-bahan dan taste makanan tue...aku tak belajar kat mak dan akak sebab aku ego..hehe..Akhirnya, dengan usaha gigih aku membuahkan hasil bila keluarga sendiri, mentua, dan suami memuji masakan aku...Angkat bakul kejap..ngeh3..Kesimpulannya..sesiapa yang tak pandai masak jangan malu walaupun usia dah lanjut ye.masih ade ruang dan waktu untuk kita belajar masak yang penting keinginan nak masak...hehe..

Betul Ke Mat Rempit Kebanyakkan Datang Dari kampung???


Entry panas eh hari nie..pasal isu rempit..Aku nak tanya korang betul ke kesahihan mengatakan mat rempit kebanyakkan berasal dari kampung???..Untuk pengetahuan Readers aku pun berasal dari kampung dan Alhamdulilah tak pulak pernah jadi minah rempit ..huhuhu...Ade suatu hari aku balik kampung , makcik aku dari bandar pun balik masa tue..Masa borak-borak terkeluar cerita pasal rempit nilah..Makcik aku pun cakaplah budak rempit nie semua berasal dari kampung..yang datang merempit kat bandar semua budak kampung..Diorang ni lah yang merempit..Tapi bila aku pikirkan ade gak budak bandar yang merempit macam anak-anak orang kaya terbiar tue..huhu...Pandangan aku tadi sebenarnye tidak berdasarkan fakta..Pandangan Anda Bagaimana???

Resepi Nasi Goreng Seafood...Ye ke??? hehe...Mungkin Kot...

Wednesday, February 16, 2011

Pagi nie sempat memasak nasi goreng seafood sebelum suami pergi ke tempat kerja...Aku namakan nasi nie nasi goreng seafood sebab ade letak makanan laut dalam resepi nih...hehe..masa tengah masak sempat pulak nak snap gambar nasi goreng..huhu...Saja nak snap bagi korang kecur ayaq liuq..kih3..


Bahan2:


1.Udang dibuang kulit (kalau tak buang pun tak ape)
2.sotong di goreng separa masak (agak2)
3.5 biji Fishball dihiris nipis dan digoreng dalam minyak
4.ayam ambil bahagian dada hiris kecil2
5.Cendawan payung potong halus2
6.Sayur campur (mix vegetables)
7.Bawang kecil (5 ulas)(ditumbuk)
8.Bawang putih (2 ulas)(ditumbuk)
9.Serbuk pati ikan bilis
10.garam
11.Nasi
12.sedikit belacan kalau suka tapi saya tak letak
13.Cili api dihiris2 ( Agak2 pedas yg korang nak)

Bahan hiasan:

Udang yang digoreng dengan kunyit

Cara2:

1.Panaskan minyak...untuk makluman gunakan api sebesar yang mungkin ye..kalau tak berapa pandai lagi masak guna api kecil je nanti hangus sebab proses nie kena masak dengan laju supaya tak hangit..

2.Bila dah berasap2 masukkan bawang yang telah ditumbuk dan tumiskan

3.Bila dah sedikit perang dan naik bau masukkan udang,sotong,sayur campur,cendawan,ayam dan fishball yg telah dipotong..Time ni aku main campak2 je seronok tau..huhu...Bila semuanye dah layu then....

4.masukkan secubit garam dan pati ikan bilis..sape2 suka ader rasa belacan sikit korang masukkan je..

tengok bawah nie....


5.Bila semua rasa dah sebati korang angkat dan Hiaskan dengan udang yang dimasak dengan serbuk kunyit ye barulah agak menarik...menarik ke??hhehe...

Dipersembahkan nasi goreng seafood saya....silakan mencuba dan komen...(",)


Itu Dia Sedia Dihidangkan...hehe...

Ape Kata Lelaki/ Girl Bila Pasangan Berdiet??? suka atau tidak??? Give Reason....huhu..

Monday, February 14, 2011



Aku nak mintak pendapat korang betul ke sesetengah lelaki/girl tak suke pasangan mereka berdiet??? Sekadar ingin tau yew....nak buat kajian...hahahaha....Sesiapa yg dah ade pengalaman sila kongsikan yew,kalau xder pun bole beri pendapat ,,,weee....(",)





Ubat Gegat penyebab ketagihan dan menjimatkan penggunaan Minyak kenderaan...

Sunday, February 13, 2011


This picture kredit dr majalah kereta online..

Aku nak cerita pasal ubat gegat hari nie...kalau korang nak tahu segelintir manusia suker menghidu ubat gegat sehingga ketagihan..aku tak tahulah ape yang special sangat bau ubat gegat nie tapi aku kalau terbau memang aku tak berapa suke..ubat gegat nie bukan sahaja tujuan nak halau lipas dalam almari tapi menjadi ketagihan pulak oleh segelintir manusia..huhu..Kawan aku ade cerita dekat aku kisah ubat gegat nielah..Suatu hari die naik teksi,pakcik teksi tue dah masuk umur lingkungan 55 macam tulah..die kate die tak tahan sangat duduk dalam kete teksi pakcik tu..teksi pakcik tue pakai icon then terperap la bau gegat dalam kereta teksi tue...pening giler die bau...kawan aku cari punye cari last2 die ternampak bungkusan gegat di gantung di hadapan kereta dekat dengan cermin..lepas die kuar teksi kawan aku kate nak termuntah bau ubat gegat...ubat gegat tue dahlah beracun...huhu...Kawan aku kate tak logik kiranya pakcik tue letak ubat gegat sebab nak halau lipas dalam kereta...nie mesti kes ketagih katenye...Itu aku no komen lah..tapi difikir2kan ader benarnye...
Sebentar tadi aku terbaca pulak pasal ubat gegat boleh menjimatkan penggunaan petrol..caranya bile kita dah isi penuh minyak kete then kita masukkan 2 biji ubat gegat dalam tangki minyak...Betul Ke???huhu...Cerita nie dah lama tapi aku baru jer tahu daripada sumber Petua lubuk warisan..godek2 last2 terjumpe entry tuw...huhu...

Jangan jadikan Facebook untuk mengumpat ....Nasihat kepada kawan2 semua...

Saturday, February 12, 2011

Hari ini aku ader sedikit kesempatan untuk mengupdatekan blog nie di sebabkan hal2 yang tak dapat dielakkan....Entry aku hari ini lebih kepada nasihat..Seperti tajuk yang aku utarakan di atas kalau korang nak tahu sebenarnye segelintir pengguna facebook telah menyalahgunakan facebook sebagai tempat untuk mengumpat...mungkin tiada idea untuk menarik perhatian orang agaknye..aku agak jew...kalau setakat kita nak bercerita aktiviti harian yang penting-penting dalam facebook aku boleh terima tapi kalau menggunakan facebook semata-mata ingin mencalarkan perasaan orang lain aku rasa tidak profesional..Korang cuba bayangkan jika korang mengumpat dalam facebook pastu korang tak delete ape yang korang dah ngumpat..pastu orang lain terbaca,..sorang yang terbaca boleh terimalah jugak kalau dah berpuluh2 orang baca kan banyak dosanye tue...Aku tahu diorang nie bukan tak tahu mengumpat tue berdosa tapi masalahnye kadang2 bila syaitan dah maniskan mulut kita untuk mengumpat tue yang semua benda asyik je mengumpat hal si polan tue..nasihat aku satu je buat diri aku dan readers semua kalau hari ini kita mengumpat orang sebenarnye kita memberi pahala kepada orang yang diumpat tetapi kita yang akan rugi sebabnya kita yang mendapat dosa..tak rugi ke??? Renungk2kan dan selamat beramal..(",)


Kisah Seorang Budak Pengemis....

Friday, February 11, 2011

Aku cuba mengimbau kembali peristiwa setahun yang lepas ketika berada di Peneng atas dasar tuntutan ilmu di sana...Ketika itu aku belajar banyak perkara dan salah satunya kisah budak pengemis itu..Kesyukuran ku panjatkan kerna terasa diri ini masih lagi bertuah jika dibandingkan budak pengemis itu..Semasa kecil aku berpeluang menuntut pelabagai ilmu hinggalah kaki ini menjejakkan kaki ke universiti..Tapi....budak itu??? Sungguh sedihku melihatkan nasib budak pengemis itu...Aku cuba letakkan diriku sebaris dengan kanak2 itu..Tiba2 aku dapat rasakan ape yang dirasakan kanak2 itu ketika budak lain seusianya perlu bersekolah tapi budak itu...terpaksa mengemis demi sesuap nasi...Aku terus mengimbau ape yang berlaku ketika itu...Terngiang-ngiang ditelinga suara rayuan budak pengemis itu sambil menghulurkan sticker ayat Al Quran..."Kak.."dalam nada rayuan."Akak nak duit" budak tue terus merayu meminta duit pula selepas memberikan sticker Al Quran tersebut..Ku imbas lagi raut wajah budak pengemis itu...Ku anggarkan usianya kalau bersekolah die agaknya darjah 2..memakai kain tudung litup ..muka macam ala-ala mamak..."akak nak duittttt!!!!"...tekannya lagi terkejut juga aku masa tue..tiba-tiba aku teringat sendiket pemerdagangan kanak-kanak...Terfikir dalam hati kalau bagi,duit abis kat orang tak bertanggungjawab tue kalau tak bagi kesian pulak budak kecil ini...kalau die tak dapat duit mesti kene belasah dan tak dapat makan...Tapi hati aku berbelah bagi...Nak Bagi tak nak..Tak yah Bagi... Bagilahhhh....Aku keliru dengan perasaan aku sendiri.
Aku pun bagilah duit kat die..Berapa tak perlu cakaplahkan niat nak sedekah...Peristiwa tu dalam bas,budak tu naik bas ketika bas nak amik penumpang..lepas die dapat duit die pergi pula kat penumpang sebelah...Die pun bagi sticker dan mintak duit..."Kak nak duit..." .Penumpang sebelah aku buat dek jer...die tak ambil pun sticker tue.." Kak nak duit!!"..tekan lagi budak tue..." Kak nak duit!!!!!!!!" menjerit2 budak tue lagi...Pada firasat aku penumpang di sebelah nie tak bagi bukan die kedekut tapi die tahu budak nie jadi orang tengah sendikit mendapatkan duit secara haram...Budak tu dah mula meraung-raung mintak duit...Tiba-tiba aku tersentak dengan
suara drebar bas memekik.."Woi budak turunlah!!"...Budak pengemis tu tak nak turun...Terus menejerit2 mintak duit...Drebar bas tu dah geram sangat die suruh turun budak tu tak turun-turun die pun ape lagi di hempuk kepala budak tu dengan buku log..Budak tue berlari turun...masa die turun sempat lagi die mintak duit dekat orang yang naik bas...Kasiannnn....Moral of the story...janganlah kita gunakan budak2 untuk mengemis kesian budak2 tak tahu ape2 tu sepatutnya pergi sekolah tapi mintak sedekah...gelap masa depan...budak perempuan pulak tue nanti die dah besar jadi ape pulak..Hish!! tak sanggup aku sebut...


Sekadar Gambar Hiasan

Ais CoolBlog ..Siapa Minat Angkat Tangan!!???

Thursday, February 10, 2011

Sape2 yang ader blog kene minum air nie sebabnye>>>> belakang nama air nie ader blog...hehehe...Korang nak tau tak..aku giler sangat minum air nie sampai menangkap di kepala rasanye...Bile minum terkejut kepala sekejap dan membeku coz kesejukan yang melampau...Mana nak dapat air nie ??? selalunye aku tengok kiosk die kat supermarket Giant..Macamana buleh muncul pulak this product?? Produk nie pada awalnye dilancarkan di Singapura pada tahun 2005..Coolblog nie ade 25 jenis perisa yang berbeza-beza...pilih je ape perisa korang nak pasti dapat..Kalau korang peminat giler coolblog,coolblog ader buat contest bertajuk "3-5 minute Coolblog and you video clip"..Hadiah die Ipod...Hantar sebelum 15hb 2 nie...Tengok sini untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut http://www.coolblog.com.my/






Dulu minat perisa mango sekarang suke sangat perisa oreo coolblog...Layan!!!.

Penangan Steamboat...

Wednesday, February 9, 2011

Hari ini aku nak update pasal aktiviti aku 4 hari yang lepas...Korang nak tau aktiviti ape??? Aktiviti melantak haha...Aktiviti makan2 di Flaming Steamboat buffer dekat bandar Sunway..Actually ativiti nie memang dah dirancang coz menyambut bufday aku yg ke 24...dah tua2 pun nak sambut bufday ek..hehe...tp kek takderlah sebab dah muak selalu makan kek...Aktiviti nie menjadi pengalaman paling malang dalam hidup coz selepas je makan malam itu aku kene cirit yang melampau...huhu...10 kali ke tandas selama 3 hari berturut2...Semuanya gara2 makan kupang banyak sangat...ditambah pulak dengan aiskrim pelangi..maksud pelangi tu perbagai kaler la...strawberi,coklat,vanila...amik kau!!...=P nak termuntah makan coz bole amik banyak mana yg kita nak makan...




Ini die steamboat itue...=)



Aiskrim Pelbagai Kaler!!!....Best!!!


Baju Pengantin Banyak Kaler Silver Lorhh..

Monday, February 7, 2011

Semalam aku pergi ke majlis perkahwinan sedara di Perak..Tema kaler baju warna silver plus hitam...2 minggu lepas pun pergi rumah kenduri kawan pun silver gak...Sekarang nie demam silver agaknyer...huhu...Warna silver nie aku rasa sesuai di matchingkan dengan semua kaler..Sekarang nie kalau tengok kaler2 seperti merah , hijau, oren orang dah jarang sangat nak pakai kalau kat kampung2 tu tak perlu cerita lah sebabnye makcik2 cuka tengok kaler2 yang melip lap nie..Lagipun tema silver nie nampak macam mewah lah...macam kereta jugaklah kan...lebih2 kalau jenama Honda , Totoya yang kaler silver gelap PergHHH!! Mewah + Mahal Gitu..(",)



Artis pun ramai yang memilih kaler silver ...uhuhu..

Bercuti Raya Cina + Kenduri Kahwin + celebrate my bufday...(",)

Friday, February 4, 2011

Kepada semua bloggers aku nak bagitahu yang aku akan menjenguk semula blog aku nie Isnin depan sebabnye hari ini aku nak balik Perak,menghadiri majlis perkahwinan + celebrate my bufday yg ke-24.. terasa muda hehe... Sesiapa yang dah berkunjung silalah tinggalkan jejak tapak tangan di blog nie yew...nanti saya akan berkunjung dan follow kalian semula..TOche2...SElamat Bercutie Semua!!!




Resepi Spagetti Oregano Mixed Herbs...

Wednesday, February 2, 2011

Hari nie pagi2 dah siap masak..special sikit masak arini coz rajin nak masak...rajin tak rajin kene jugak masak maklumlah kalau tak masak nak makan ape pulak kan ???Spagetti makanan favorite aku...hehe..Tengok la ye di bawah aku kongsikan...



Bahan2 seperti di atas ye...meh aku senaraikan..

1.sos spageti kimball wajib ader
2.spagetti
3.cendawan butang hiris kasar (aku guna ayam brand)
4.sos cili kimball
5.mixed herbs,oregano leaves
6.chesdale..(ikut selera sming2 nak gunakan cheese jnis ape)
7.bawang besar hiris
8.mixed vegetables
9.Daging kisar Ramli (digorengkan sehingga air daging kering)
10.cili kisar


...Cara2...

1.Jerang air dlm periuk bila dah mendidih masukkan garam dan 2 sudu kecil minyak masak ...minyak fungsi suapaya spagetti x melekat sesama mereka..(",)

2.Untuk buat kuah sapgetti pula,first panaskan minyak,masukkan bawang besar hiris biarkan sehingga layu then masukkan cili kisar ikut kepedasan yang disukai...bila cili kisar dah bertukar warna keperangan masukkan pula sos spagetti kimball...masukkan daging kisar,cendawan butang ,mix vegetables,5 sudu besar sos cili,then masukkan bahan penting iaitu mixed herbs dan oregano leaves supaya baunye naik...kalau kuah terlalu pekat cairkan menggunakan air..biarkan kuah menggelegak dan tutup api ...



SEmua bahan yang telah disatukan di dalam kuali


Ada cara menghidang spagetti kalau korang nak tau nie caranyer...amik garfu putarkan spagetti then taruk atas pinggan....pastu curahkan kuah spagetti yg telah masak ke atasnye okeh...hias dengan cheese...bila cheese mula mencair time tu la sedap dimakan...


Sedia dihidangkan...sila2lah cuber resepi nie sedap tau..


Kemudahan Pengangkutan Awam...Good Or BaD...

Tuesday, February 1, 2011

Cerita tentang kemudahan pengangkutan awam membuatkan aku teringat kampung halaman...betapa sukarnya mendapatkan bas untuk ke pekan terdekat dan bandar...Mengapa ek sampai sekarang sistem pengangkutan awam masih lagi tak bermutu?? kalau dulu aku tengok bas yang telah melebihi usia sepatutnya tidak layak berada di jalan raya still ader di atas jalan raya..Tidakkah akan mengundang perkara buruk yang tidak diingini berlaku???..Lepas tue teringat pulak kemudahan teksi..pak teksi dengan selamber jer mencekik darah tanpa menggunakan meter mengaut keuntungan..tidakkah akan memberi kesan kepada pengguna lebih2 lagi harga minyak pun dah naik??.Pada fikiran akulah ye sepatutnya kerajaan perlu fikirkan cara mengurangkan beban rakyat bukannya menambah beban kepada rakyat..kalau nak naikkan harga minyak fikir2kanlah untuk menaikkan gaji para pekerja..sebab setahu aku tangga gaji di Malaysia nie takat tue je dari dulu still sampai sekarang ,kalau naik pun ciput jer..belum lagi lihat kepada syarikat swasta yang dengan selamber perah tenaga manusia dengan gaji sesuka hati jer diorang nak bagi..Di mana Gaji MInima???..Tengok dah meleret2 aku bercerita..hehe..sebenarnye perkara yang aku utarakan nie adalah saling berkait..Bila pengangkutn awam tak ok jadi orang terpaksalah membeli kereta pastu bila kenderaan dah byk atas jalan raya berlaku pulak kesesakkan,kemalangan,penggunaan minyak meningkat and so on..Idea kapitalis lah sume orang..Cakap banyak pun tak guna kalau takde orang nak paying attention dengan masalah sesama manusia yang tahu jaga periuk nasi masing2...haish!!




Seminggu Hujan...

Monday, January 31, 2011

Hujan Rahmat Or hujan bencana ek???...Tadi sempat lagi masuk laman web Jabatan Metereologi Malaysia...Dalam tempoh 6 hari hujan masih lagi akan turun...Tapi ikut tempat...tempat aku nie dah banyak jalan yang tenggelam bermula dari jalan masuk Segamat...Dok terperuk dalam rumah sebab ujan-ujan nie tak ader aktiviti luar yang boleh dilakukan..Sebaik la rumah aku nie atas bukit sebab ader orang cakap kat tempat aku tinggal nie pernah banjir teruk sebab diorang terpaksa lepaskan air dari empangan takut empangan pecah...Pastu jambatan pulak runtuh...memang terputus hubungan la orang2 kat sini...


Tambah ilmu tentang blog...

Friday, January 28, 2011

Hari ini hari yg paling menggembirakan coz aku dah berjaya membeli 3 buah buku untuk dibaca dalam berapa hari boleh abis ek??? tengok tahap kerajinan..haha...First buku tentang blogshop,second tentang Affiliate, third about mingguan wanita mgu nie...majalah wanita memg besh banyak informasi...


Jalan-jalan cari Makan...

Monday, January 24, 2011

Malam Khamis yang lepas sempat pergi makan di Restoran Terapung,Fort Supai di Kuala Linggi, Melaka..Makanan yang paling aku suka sekali kat sana ialah pepahat atau lonjok ikut tempat...First time jumpe pepahat tue rasa takut nak makan almaklumlah biasa makan kerang, siput sedut tapi yang nie lain dari yang lain..rasa lebih kurang macam kerang masa makan liat2 sikit tapi jenis pepahat nie jenis besar puas makan...kat tempat lain susah gak nak carik yang saiz besar...Malam tue melayang gak husband aku punye duit dekat2 RM75, pernah pergi ade sekali tu RM120..bawak sekali akak , abang ipar dan anak buah aku makan kat situ...takpelah sekali sekala...Masa tu kitaorang tak order ikan sebab dah muak asik makan ikan stim dan masak 3 rasa...Aku order nasi goreng daging merah dan fresh oren...Tak habis..hehe...sebab banyak sangat nasi tue..pepahat dan sotong goreng tepung makan la sekali dengan nasik goreng..Enjoy sangat coz jarang dapat makan kat luar after finish my study.....



Resepi Karipap sayur

Saturday, January 22, 2011

Lepas maghrib sempat lagi aku nak mengupdate blog nie..maklumlah petang tadi buat karipap sayur .kuih favorite
husband aku..aku ingin kongsikan resepi ini pada sesiapa yg sukakan karipap sayur ye..


Bahan2:

Inti: Mixed Vegetables, serbuk sup sayur, bawang besar dihiris nipis, cili merah dihiris halus,garam,minyak, telur

Cara2:
Panaskan kuali masukkan minyak, tumis bawang sampai naik bau dan sedikit layu masukkan mixed vegetables,cilimerah,garam,biarkan sebati rasanya then masukkan telur...bila telur dah berketul bercampur dengan sayur dan air daripada sayur dah kering tutupkan api.

Kulit: garam,air,minyak panas dan tepung gandum

Cara2: Minyak panas masukkan dalam tepung gaul sebati bila dah agak lembap sedikit masukkan air garam agak2 nanti masin kulit karipap..Kemudian ambil acuan karipap masukkan inti then klim elok2 serta rapat2 supaya inti tak terkeluar masa menggoreng...Look Down>>>>


 Sedia diklim rapat



 Digorengkan dalam minyak terendam


 Sedia Dihidang...Tak banyak sebab 2 orang je nak makan..hehe..




Resepi kek pelangi marble

Friday, January 21, 2011

Kek pelangi nie favorite aku..tapi takde la selalu buat..buat pon time nak balik kampung jer sebab nak bagi buah tangan pada mak aku...I miss u mom...=)

Kek selepas dibakar

Bahan2:

1 cawan tepung gandum
2 biji telur
1/2 cawan marjerin/butter
1/2 cawan gula
1 s/k baking powder
pewarna hijau dan esen vanila

Cara2:

Pukul marjerin dengan gula hingga kembang.Masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam mangkuk kemudian pukul hingga kembang dan bertukar warna putih.
Ayak tepung bersama baking powder kemudian masukkan kedalam bahan yg telah dipukul kembang sedikit demi sedikit..lakukan kaedah kaup balik dengan menggunakan senduk...bila aduan sudah sebati masukkan esen vanila dan gaul sebati lg..kemudian adunan dibahagikan kepada dua ..satu adunan diwarnakan hijau...
masukkan adunan tidak berwarna ke dalam loyang kecil ratakan dan diikuti warna hijau..ulangi kaedah tersebut hingga adunan habis diletakkan kemudian lorekkan atas bahagian adunan terakhir dengan menggunakan lidi tajam...Bakar selama 180 Darjah Celcius selama 30 minute..mengikut kepanasan oven masing2  yew...Lihat di bawah sedia dihidangkan...

Tidak memerlukan banyak bahan sedap dimakan time2  panas...





Klik2 Di Sini ...Join2...(",)