Dulu masa aku kecil mak aku selalu je sebut nama Sudirman..tapi aku tak kenal siape tu Sudirman..Mak juga kerap menyanyikan lagu sudirman walaupun aku tak tahu lagu ape dan siapa penyanyi lagu tu..tapi bait-bait lagu tu sungguh menyentuh hati bila kedengaran..Selama nie aku malas nak ambil tahu siapa itu Sudirman..yang aku tahu die seorang penyanyi suatu ketika dahulu dan telah meninggal dunia ( sampai aku dah besar)..Tapi 20 hb 2 2011 membuka pintu hati aku untuk mengetahui lebih lanjut siapa itu Sudirman melalui siaran Astro (HIstory Channel)...Tersentuh juga mendengarkan kisah Allahyarham Dato Sudirman...dan sebab itu kita perlu mengenangnya>>>>
Allahyarham Dato Sudirman mempunyai pelbagai bakat dan bukan sahaja penyanyi tanpa ilmu di dada...Pernah melanjutkan pelajaran dalam jurusan Undang-Undang di UM dan menolak tawaran di luar negeri.
Allahyarham telah memilih kerjaya seni padahal beliau telah pun menjalani latihan guaman dan diiktiraf sebagai peguam...
Sepanjang hayat telah menghasilkan 18 buah album dalam Bahasa Melayu dan 2 buah album dalam Bahasa Inggeris
Menjadi penyanyi dalam usia yang muda dan merupakan seorang penghibur terbaik Asia,seorang penulis dan pelukis kartunis,pelakon (filem KAMI), seorang usahawan iaitu mengeluarkan minuman tin berkarbonat jenama Sudi. Kejayaannya dalam memasarkan Sudi telah mengangkat Sudirman sebagai pemenang Anugerah Pengusaha Muda.
Ape yang membanggakan semua lagunya menyentuh budaya Malaysia yang pelbagai kaum di samping sumbangan dalam menyatupadukan rakyat berbilang kaum..seperti lagu Chow kit Road, mengadakan konsert percuma di tengah2 jalan Chow Kit Road di Kuala Lumpur..kalau artis sekarang nak ke buat konsert macam tu?? percuma ikhlas supaya orang miskin ,peminta sedekah boleh melihat beliau menyanyi..Ade ke??? Itu jelas menggambarkan beliau bukanlah materialistik...
walaupun beliau kehilangan ibu ketika beliau masih muda dan gagal dalam perkahwinan tapi beliau sentiasa mencipta kejayaan di setiap dugaan yang Allah berikan...Beliau seorang yang tabah...
Pengakhiran kerjaya apabila beliau mula jatuh sakit dan meninggal dunia..Doktor mengesahkan beliau menghidap sakit radang peparu (pneumonia)..ketika itu usianya masih muda iaitu 37..kalau beliau masih hidup mesti Siti Nurhaliza juga tidak mampu menandinginya...(",) Al-Fatihah buat Allahyarham Dato' Sudirman bin Hj Arshad...
sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Sudirman_Hj_Arshad (untuk maklumat lanjut)
Wajah bekas isteri Allahyarham pada kulit album lagu beliau..Betapa sayangnya beliau kepada Kay (panggilan beliau terhadap bekas isterinya)
Lagu yang aku paling suka dan penuh bermakna>>>>
"Sudirman One Thousand Million Smiles"
Tandatangan yang unik...orangnye kecil tapi berjiwa besar (",)
HI 2025
-
Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Rindu blog pink aku ni.
Teringat zaman belajar memang selalu tulis blog,
Sekarang dah tak layan lagi blogger, l...
3 weeks ago
14 comments:
peminat no1,beliau...!
semoga roh nya dicucuri rahmat...
amin..!
entry yg sgt bgus dik..akak pun ada buat entry pasal arwah hari ni..tp akak punya entry pndek je la.. :)
whoa! nad pon minat dye :) nice post.. jalan2 sini..
follow sini jugee
kak long: hehe..mesti tau semua lagu Allahyarham kan??? Aminn..
mrs.sabri: tak pe kak yg penting kita semua ingat lagi penghibur no 1 di Asia nie...(",)
alfatihah..:)
tkde lgi singer suara macam die kan skang..:)
nadnad: thanks...sya pun dah mula minat Allahyarham walaupun sebelum ni tak pernah nak ambil tahu..(",)
suka semua lagu arwah !
sgt minat pada beliau....
lagu2 sgt best....xlapuk dek zaman
hehe~
selama ni pun saya tak amik tahu sangat arwah..
hee~
tribute to sudir nampaknya :)
predictor:yup! lagu yang menyentuh perasaan semuanya ade kaitan dengan diri beliau juga=)
lolipop: samalah kita ye...pasni sama2 mengenang (",)
afzan: semestinya..hehe
Post a Comment