Seminggu Hujan...

Monday, January 31, 2011

Hujan Rahmat Or hujan bencana ek???...Tadi sempat lagi masuk laman web Jabatan Metereologi Malaysia...Dalam tempoh 6 hari hujan masih lagi akan turun...Tapi ikut tempat...tempat aku nie dah banyak jalan yang tenggelam bermula dari jalan masuk Segamat...Dok terperuk dalam rumah sebab ujan-ujan nie tak ader aktiviti luar yang boleh dilakukan..Sebaik la rumah aku nie atas bukit sebab ader orang cakap kat tempat aku tinggal nie pernah banjir teruk sebab diorang terpaksa lepaskan air dari empangan takut empangan pecah...Pastu jambatan pulak runtuh...memang terputus hubungan la orang2 kat sini...


Tambah ilmu tentang blog...

Friday, January 28, 2011

Hari ini hari yg paling menggembirakan coz aku dah berjaya membeli 3 buah buku untuk dibaca dalam berapa hari boleh abis ek??? tengok tahap kerajinan..haha...First buku tentang blogshop,second tentang Affiliate, third about mingguan wanita mgu nie...majalah wanita memg besh banyak informasi...


Jalan-jalan cari Makan...

Monday, January 24, 2011

Malam Khamis yang lepas sempat pergi makan di Restoran Terapung,Fort Supai di Kuala Linggi, Melaka..Makanan yang paling aku suka sekali kat sana ialah pepahat atau lonjok ikut tempat...First time jumpe pepahat tue rasa takut nak makan almaklumlah biasa makan kerang, siput sedut tapi yang nie lain dari yang lain..rasa lebih kurang macam kerang masa makan liat2 sikit tapi jenis pepahat nie jenis besar puas makan...kat tempat lain susah gak nak carik yang saiz besar...Malam tue melayang gak husband aku punye duit dekat2 RM75, pernah pergi ade sekali tu RM120..bawak sekali akak , abang ipar dan anak buah aku makan kat situ...takpelah sekali sekala...Masa tu kitaorang tak order ikan sebab dah muak asik makan ikan stim dan masak 3 rasa...Aku order nasi goreng daging merah dan fresh oren...Tak habis..hehe...sebab banyak sangat nasi tue..pepahat dan sotong goreng tepung makan la sekali dengan nasik goreng..Enjoy sangat coz jarang dapat makan kat luar after finish my study.....



Resepi Karipap sayur

Saturday, January 22, 2011

Lepas maghrib sempat lagi aku nak mengupdate blog nie..maklumlah petang tadi buat karipap sayur .kuih favorite
husband aku..aku ingin kongsikan resepi ini pada sesiapa yg sukakan karipap sayur ye..


Bahan2:

Inti: Mixed Vegetables, serbuk sup sayur, bawang besar dihiris nipis, cili merah dihiris halus,garam,minyak, telur

Cara2:
Panaskan kuali masukkan minyak, tumis bawang sampai naik bau dan sedikit layu masukkan mixed vegetables,cilimerah,garam,biarkan sebati rasanya then masukkan telur...bila telur dah berketul bercampur dengan sayur dan air daripada sayur dah kering tutupkan api.

Kulit: garam,air,minyak panas dan tepung gandum

Cara2: Minyak panas masukkan dalam tepung gaul sebati bila dah agak lembap sedikit masukkan air garam agak2 nanti masin kulit karipap..Kemudian ambil acuan karipap masukkan inti then klim elok2 serta rapat2 supaya inti tak terkeluar masa menggoreng...Look Down>>>>


 Sedia diklim rapat



 Digorengkan dalam minyak terendam


 Sedia Dihidang...Tak banyak sebab 2 orang je nak makan..hehe..




Resepi kek pelangi marble

Friday, January 21, 2011

Kek pelangi nie favorite aku..tapi takde la selalu buat..buat pon time nak balik kampung jer sebab nak bagi buah tangan pada mak aku...I miss u mom...=)

Kek selepas dibakar

Bahan2:

1 cawan tepung gandum
2 biji telur
1/2 cawan marjerin/butter
1/2 cawan gula
1 s/k baking powder
pewarna hijau dan esen vanila

Cara2:

Pukul marjerin dengan gula hingga kembang.Masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam mangkuk kemudian pukul hingga kembang dan bertukar warna putih.
Ayak tepung bersama baking powder kemudian masukkan kedalam bahan yg telah dipukul kembang sedikit demi sedikit..lakukan kaedah kaup balik dengan menggunakan senduk...bila aduan sudah sebati masukkan esen vanila dan gaul sebati lg..kemudian adunan dibahagikan kepada dua ..satu adunan diwarnakan hijau...
masukkan adunan tidak berwarna ke dalam loyang kecil ratakan dan diikuti warna hijau..ulangi kaedah tersebut hingga adunan habis diletakkan kemudian lorekkan atas bahagian adunan terakhir dengan menggunakan lidi tajam...Bakar selama 180 Darjah Celcius selama 30 minute..mengikut kepanasan oven masing2  yew...Lihat di bawah sedia dihidangkan...

Tidak memerlukan banyak bahan sedap dimakan time2  panas...





Resepi Ikan keli Berlada...

Hari nie aku masak ikan keli berlada...ini masakan kegemaran seisi keluarga aku...


 gambar comot takpe yg penting tastenye..huhu

Bahan2:

Ikan keli 2 ekor
Kuniyit serbuk
5 batang cili Hidup Warna Merah
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1/2 biji bawang besar
Sedikit Belacan
Cili Api bagi sesiapa yg kuat pedas
Gula secubit rasa
Garam

Cara2:

Ikan keli dibuang isi perut dan dibersihkan menggunakan asam limau
Digaulkan dengan garam dan kunyit kemudian digoreng sehingga garing.Ketepikan.
Cili Merah,bawang putih,Bawang Merah,cili api,belacan,gula,garam dikisar hingga separa hancur
Panaskan sedikit minyak untuk menumis bawang besar yang telah dihiris sehingga layu kemudian masukkan bahan kisar dan tumis   sehingga naik bau...bila sudah merah keperangan masukkan pula ikan keli yg telah digoreng tadi dan digaul bersama.Sedia dihidangkan...Mudahkan???







Hamsterku sudah menjadi kenangan....

Sunday, January 16, 2011

2 ekor hamster yang aku beli dari sorang sahabat (FaraH) telah mati rentung pada waktu bila pun aku tidak pasti ...apa yang pasti kematiannya telah disahkan dan dilaporkan oleh sepupu kecilku Arisya...Apa nak buat yang pasti ajal dan maut itu sudah pasti tiba dan tidak akan terlewat walau sesaat pun...Kematian yang sungguh tragis mati kerentungan..Korg nak tau sepupu kecilku nietak reti ape2 selalu akak diorg tolong jagakan coz akak diorg dah balik Universiti masing2 so Arisya yang menjaganya..die tidak mengerti apa2...yang die tahu bagi makan dan mandikan hamster itu..huhu...Ada suatu hari die g jemur hamster tue kat bawah matahari konon2 nak keringkan bulunya..last2 mati rentung kepanasan..Kasian...Al Fatihah buat Hamster2ku...

 Berebut2 nk  main roda...

 Sangkar Hamster2ku...












Percutian 1..Melaka..

Percutian yang tidak mungkin dapat dilupakan suatu ketika dahulu bersama bonda tercinta, kakak dan abang iparku...

 Dalam Perut Kapal..huhu..

Wif Bonda Tercinta...
 Patung yang menarik perhatian aku...
Pemandangan dr atas...

Akak dan Abg Ipar aku yg sengal..


Inilah gambar yang aku cuba edit dan upload ..haha malas nak upload lg..banyak sgt...




Detoxkan....Nyah Toksin..

Friday, January 14, 2011

Detox nie tugasnye mendetoxkan segala toksin yang korang ader..aku tak berapa pastilah fungsi detox nie berkesan or tidak tp aku lihat lepas je aku bangun tido, hitam dan bau seperti terbakar..huhuhu..bukan kaki tapi kesan pada pelekat detox tue la...banyak fungsi detox patch tue..salah satu yang aku suka adalah dapat merawat  penyakit resdung dan jerawat serta membantu menurunkan berat badan...lagi satu sesapa yang ada bau kaki digalakkan menggunakannya..Harganya murah je semenanjung  hanya rm25 manakala bagi sabah/sarawk rm 28...dalam kotak tu ade sepuluh keping.....MURAHkan???!!! haha...sesiapa yang berkemampuan silalah beli walaupun aku sendiri tidak pasti dengan keberkesanannya coz baru je 2 kali pakai tapi yang pasti toksin dlm badan aku memang banyak....

 Detoxkan Toksin Anda>>>

 Toksin yang terkeluar daripada kaki...Baunya sungguh dasyat..haha



Anak Buah Aku Yang Kedua....Cumill tak???

Anak buah aku nie lahir pada bulan 11 tahun 2010...baby gurl..namanya Nur Alya Qurratu'Ain binti Hiruan...Nie baby kak Ngah aku..Lihatkan gelagat Alya yang manja...

 Alya yang sedang enak dibuai mimpi...usia Alya baru je 5 hari..hehe

 hai!!! Auntie Lang!!!

 Alya yang cumill...



Panggilan Kerja

Tuesday, January 4, 2011

Petang semalam aku godek2 job malaysia ..aku try tengok kat bakul masuk pastu aku nampak ader panggilan temuduga eksekutif kat AMLIFE...Syarikat insurans kekosongan dalam 400 orang seluruh negara..interview minggu nie hari sabtu tapi aku berbelah bagi coz kerja nie perlukan komitmen tinggi di samping mencari seberapa banyak client yang nak buat insurans...uwaaa....sebenarnya haritu aku termohon jer haha..padahal tak minat pun kerja nie rasanya sesuai untuk kaum adam...sememangnye aku pemilih sebab tu sampai sekarang takder kerja..huhuhu....aku bukan ape aku sekarang nak keje tetap yang bukan main-main setakat kerja main-main nie melambak di luar sana tapi aku nak serious dalam dunia pekerjaan so sebab tu aku jadi seorang yang pemilih..haha...pilihlah sangat nti kang takder orang amik aku kerja tau lah..aku dah plan kalau bulan 2 nie aku still tak dapat kerja aku nak mohon untuk buat praktikal di bawah skim GEMS..dapat jugak aku elaun dan pengalaman..di samping makan, minum dan tempat tinggal yang ditanggung oleh kerajaan....Hai asik mengharap kerajaan lagi bantu diri nak maju..ishk2..apelah aku nie...


Kerja Oh kerja

Monday, January 3, 2011

Hari nie aku still apply kerja padahal ade gak yang nak tolong aku dapatkan kerja tapi aku nak berusaha atas kaki aku sendiri..tapi kalau stay tak dapat patutkah aku guna je orang dalam (kabel)..hahaha...jahat2..Kali nie dah berapa banyak permohonan agaknya aku dah hantar tapi stay takder panggilan..SAH!!! orang lain pun pakai orang dalam..huhu...Aku nie ader orang nak tolong pun aku cakap daripada segelintir manusia yang dah dapat kerja sekarang yang guna orang dalam tapi duk senyap tak mahu orang lain tahu die pakai orang dalam...simpan diam2 ade gak orang tahu...kalau orang lain dok lama keje kat situ tak serap2 die pulak kene serap sah la tue ade orang dalam..kih3..Arini jer ader 4 permohonan kerja aku nak isi dan hantar tak tahulah dapat ke tak panggilan interview..bertawakal jelah di samping berdoa tak putus2..


Adakah Kalian Seorang Yang Riak???

Sunday, January 2, 2011

Seorang wanita yang merasakan dirinya hebat dan berjiwa pemimpin,pandai mempengaruhi orang di sekeliling, merasakan diri alim dan cukup ilmu pengetahuan agama tapi hakikatnya riak dalam percakapan serta perbuatan..sekarang ramai wanita yang berpura2 warak tetapi dalam hati penuh kepura2an...Apa yang aku katakan penuh kepura2an itu ialah berpura alim untuk mencari lelaki yang baik sebagai pasangan...Wahai lelaki janganlah dikau tersilap memandang dan menilai wanita hanyalah daripada luaran yang nampak alim tapi sebahagian mereka penuh dengan sikap hairan diri dan riak tidak kira kepada keluarga dan juga orang di sekeliling mereka..Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak akan masuk syurga seseorang yang dalam hatinya ada sikap takbur walaupun sebesar debu.” (Hadis riwayat Muslim)..Begitulah juga sikap seperti hairan diri..rasakan pakaian dan diri cantik tetapi lupa sebenarnya semuanya hanya pinjaman sementara yang tidak kekal lama...Wanita yang tidak ikhlas mencintai lelaki walaupun merasakan dirinya berjaya mencintai seorang lelaki sepenuh hati dengan hanya memandang pada rupa paras dan kedudukan serta kerjaya lelaki yang dirasakan hebat....Wanita seperti ini hanyalah ingin menunjuk2 bahawa dirinya tidak setaraf dengan lelaki yang biasa2,terlalu demand dan sebagainya..Wahai wanita carilah dikau pasangan yang boleh membuat dirimu bahagia..besederhanalah kelak diri sendiri yang  merana kerna memandang kepada paras rupa yang belum tentu kekal menjadi milik kalian semua...Berdoalah kepada Allah supaya kita dijauhkan daripada sifat riak.....

Tahun Baru menjelang tiba!!!!

Saturday, January 1, 2011

Tahun Baru dah muncul...rasa hati sayu terpaksa meninggalkan tahun 2010...umur pon dah bertambah setahun..huhu..sebaik muda lagi...INGAT!!! start esok untuk azam baru anda semua..jangan azam saja lebih tapi tak buat termasuklah aku..(";)


Klik2 Di Sini ...Join2...(",)