Resepi kek pelangi marble

Friday, January 21, 2011

Kek pelangi nie favorite aku..tapi takde la selalu buat..buat pon time nak balik kampung jer sebab nak bagi buah tangan pada mak aku...I miss u mom...=)

Kek selepas dibakar

Bahan2:

1 cawan tepung gandum
2 biji telur
1/2 cawan marjerin/butter
1/2 cawan gula
1 s/k baking powder
pewarna hijau dan esen vanila

Cara2:

Pukul marjerin dengan gula hingga kembang.Masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam mangkuk kemudian pukul hingga kembang dan bertukar warna putih.
Ayak tepung bersama baking powder kemudian masukkan kedalam bahan yg telah dipukul kembang sedikit demi sedikit..lakukan kaedah kaup balik dengan menggunakan senduk...bila aduan sudah sebati masukkan esen vanila dan gaul sebati lg..kemudian adunan dibahagikan kepada dua ..satu adunan diwarnakan hijau...
masukkan adunan tidak berwarna ke dalam loyang kecil ratakan dan diikuti warna hijau..ulangi kaedah tersebut hingga adunan habis diletakkan kemudian lorekkan atas bahagian adunan terakhir dengan menggunakan lidi tajam...Bakar selama 180 Darjah Celcius selama 30 minute..mengikut kepanasan oven masing2  yew...Lihat di bawah sedia dihidangkan...

Tidak memerlukan banyak bahan sedap dimakan time2  panas...





1 comments:

Yana Mus said...

Sedapnye n look Nice.. Tringin plak nk try.. =)

Klik2 Di Sini ...Join2...(",)