AzaM TaHuN BarU 2011...

Wednesday, December 29, 2010

Sekarang nie kepala aku sarat ingin memikirkan apa azam bagi tahun 2011 nanti. Tinggal 2 hari je..dush2 ku tumbuk kepala ku sendiri..cepatlah wahai azam ko keluar daripada kotak fikirku ini kalau tak aku belah dua akan ku robek2 kamu otak..huhu..emosional betul aku ye..Tahun 2010 bakal berlalu, tahun nie jugaklah antara beberapa  kerat azam yang aku dapat capai .Antaranya;-

1.Aku dah dapat segulung ijazah
2.Aku dah bergelar isteri kepada seorang lelaki yang baik hati dan penyayang

Alamak!!! baru aku perasan takkan dua nie je azam yang aku dah capai..Actually, nie adalah antara azam dan decision  yang aku buat adalah terbesar seumur hidup aku..Nak jadi isteri yang baik bukan mudahkan kene prepare awal-awal di samping persiapan perkahwinan yang perlu aku fikirkan bersama insan tersayang..Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

Tapi ade pula azam aku tahun nie tak tercapai tapi akan aku bawaknye terbang dengan penuh makna pada tahun 2011 yang akan menjelang tidak lama lagi..Antara azam aku yang tak tercapai  tahun nie>>>

1.Mahu dapatkan pekerjaan tetap
2.Ingin bayar balik pinjaman ptptn
3.Nak sangat pakai kereta sendiri (myvi ) tapi auto la manual2 nie tak reti dan malas nak tukar2 gear aku kan pemalas..huhu

Okeh sekarang azam untuk 2011 yew..hahaha tak tahulah dapat capai ke tak.Seperti yang aku cakap pasal azam yang aku tak dapat capai dalam tahun nie,aku nak bawak sume azam2 yang aku tak dapat capai ke tahun 2011 nanti..Bagi aku setiap tahun kita mesti ada azam baru supaya kita ada matlamat hidup yang jitu kate orang..Tapikan yang paling bagus kalau semua azam kita tue dapat dipenuhi dengan jayanya.Alangkah hidup akan jadi lebih bermakna kerna semua impian kita tercapai tapi aku nak bagitahu sehebat mana kita merancang tetapi penentuannya hanyalah kepadaNYA,hanya kepadaNYA jua kita berserah.Selagi DIA tidak mengizinkan maka tidak akan menjadilah ia seperti yang DIA kehendaki..Macam Ustazah pulak aku sekarang..huhu..      


0 comments:

Klik2 Di Sini ...Join2...(",)