PTPTN lanjut tempoh bayaran balik sehingga 30 bulan

Friday, February 25, 2011

2011/02/25

TEMERLOH: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
(PTPTN) melanjutkan tempoh bayaran balik sehingga 30 bulan kepada mereka
yang belum mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian.
Pengerusinya Datuk Ismail Mohamed Said berkata PTPTN sebelum ini memberikan tempoh enam bulan kepada mereka yang terlibat untuk membayar balik pinjaman itu. "Ia kemudiannya dilanjutkan kepada 24 bulan, dan kini kita telah lanjutkan kepada 30 bulan," katanya kepada pemberita, di sini hari ini. Ismail yang juga Anggota Parlimen Kuala Krau berkata kadar faedah yang

sebelum ini sebanyak lima peratus juga telah diturunkan kepada satu peratus.
"Mereka yang belum mendapat pekerjaan perlu menulis surat atau berhubung
terus dengan pegawai PTPTN untuk memberitahu masalah yang mereka hadapi untuk
dipertimbangkan.
"Kita bersedia berbincang dan bertimbang rasa," katanya.
Beliau berkata sehingga kini seramai 1.67 juta pelajar menerima pinjaman
PTPTN. - BERNAMA

# sebaik lanjutkan keje pun belum ade lagi nie .Alhamdulillah...syukur..#

4 comments:

Dhia Delisha said...

pelik gak dhia... orang dh pinjam tapi ssh no nak byr... nape ek...

Puteri Balqis said...

sebab mybe diorg belum ade keje..kalau keje hanya dapat sara diri sendiri pun tak lepas tu yang tak dapat nak bayar balik...sesiapa yg pernah buat pinjaman dan belum ade kerja tentu akan rasa..hehehe

.kozue. said...

saya memang terasa ni, keh3~

Puteri Balqis said...

lollipop: haha..rajin komen entry saya ye..terima kasih...

Klik2 Di Sini ...Join2...(",)